Menyingkap tirai silam
Ku terasa
Rindu dan dendam
Terdengar bisikanmu
Merdu mendayu
Senandung syahdu
Dalam gelombang rasa
Gelisah cinta
Sehari tak bersua
Bagaikan setahun
Terpenjara
Segera kuturunkan
Tirai cinta
Melupakannya
Kerana lakonanmu
Menghiris hati
Menyeksa diri
Ternyata bukan mudah
Mengawal resah
Melawan perasaan
Cinta sejati dalam diri
Namun
Terpaksa jua
Ku telan sisa pahit asmara
Kerana
Kenyataannya
Ini bukan sepotong mimpi
Yang sepi
Monday, May 31, 2010
Tirai Semalam
Posted by Sehijau Warna Daun at 10:54 AM
Labels: tirai semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment